Tuesday, 14 October 2014

Kenali gigi anugerah berharga

 Selamat petang..assalamualaikum!!!

Petang ni dr nak bercerita perihal gigi...kalau tk kenal maka tak cinta..

Start dengan gigi kanak-kanak ok..


Gambar di atas jelas menunjukkan gigi mana yg akan tumbuh mengikut turutan dan umur dlm bulan.
Kesimpulannya seawal 6 bulan gigi susu akan tumbuh sehinggalah gigi terakhir sehingga kanak-kanak berumur lebih kurang 3 tahun..kesemua jumlah gigi susu adalah 20 batang ; sepuluh di rahang atas dan sepuluh di rahang bawah. ( angka menunjukkan umur gigi tumbuh dalam bulan )


Kemudian jom kita study psl gigi dewasa pulak...
Gigi dewasa pertama akan mula tumbuh semasa umur kanak-kanak 6 tahun dan gigi geraham bongsu adalah gigi terakhir yg akan tumbuh..kebiasaannya pada umur 17 tahun ke atas. Jumlah gigi dewasa adalh 32 batang ; 16 utk rahang atas, dan 16 utk rahang bawah. (angka menunjukkan umur gigi tumbuh dalam tahun)

Harap dpt follow ye...



Seterusnya gmbr di atas adalah gmbr keratan rentas gigi geraham besar. Gigi terbahagi kepada dua iaitu crown/korona dan root/akar gigi...terdapat 3 lapisan gigi iaitu enamel, dentin, dan pulpa..
Gigi kita mendapat nutrient daripada salur darah yg melalui lubang/foramen pada bahagian hujung akar gigi.

Ciri gigi yg sihat adalah gigi bebas dari karies/lubang..dan bersih daripada plak/tahi gigi dan kalkulus/karang gigi. Gusi yg mengelilingi gigi mestilah berwarna pink dan tidak mudah berdarah, Tanda2 gigi dan gusi yg tidak sihat adalah mudah berdarah setiap kali anda menggosok gigi. Kunci kepada gigi dan gusi yg sihat adalah teknik gosok gigi yg betul..

Sekian..diharap kita dh tau sedikit sebanyak perihal gigi..semoga bermanfaat :)