Tuesday, 12 May 2015

Clear Path Aligner ~ wireless braces ~

 Assalamualaikum!

Saya percaya, kebanyakan drpd kita pernah mendengar @ terbaca mengenai rawatan orthodontik / braces,  pendakap gigi & sebagainya... Tahukah anda apakah Clear Path Aligner?

Clear Path aligner adalah salah satu drpd rawatan orthodontik. Bezanya dgn braces / pendakap gigi yg biasa ialah clear path aligner boleh ditanggal dan warnanya yg jernih membuatkan ramai yg tak tahu anda sedang memakai braces. Braces jenis ini tidak menggunakan wire. Selain Clear Path aligner ada juga clear braces yg lain seperti Invasalign.

Gambar menunjukkan perbezaan braces biasa ( kiri ), dan clear path aligner ( kanan )




 Tidak dinafikan, harga braces jenis ini lebih mahal berbanding braces biasa. Namun, kelebihannya yang tersendiri membuatkan setengah orang memilih utk memakai braces jenis ini.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh datang ke klinik,

Klinik Pergigian Dr Farhana
No. 25, Tingkat 1, Jalan Pak Sako 2,
28000 Temerloh,
Pahang.
Tel : 092962451




Monday, 23 March 2015

Diastema & penyelesaiannya...

Apa itu diastema?

Diastema adalah ruang / gap antara gigi. Terdapat banyak faktor penyebab diastema. Antaranya :-

- Rahang yg besar berbanding saiz gigi
- Habit seperti menghisap jari di kalangan kanak-kanak
- Periodontal disease ( penyakit melibatkan tisu sokongan gigi) yg menyebabkan pergerakan gigi

Gambar menunjukkan midline diastema ( gap antara gigi kacip atas )

Antara rawatan yang boleh dilakukan :-

- braces / aligner
- veneer ( composite / prefabricated/ lab )
- crown ( sarung gigi )
- tampalan sewarna gigi

Hubungi 092962451 utk sebarang pertanyaan