No. 25, Tingkat 1, Jalan Pak Sako 2, 28000 Temerloh, Pahang. Tel/fax : 092962451 email:farhanadental@gmail.com
Thursday, 25 September 2014
Rawatan / perkhidmatan yg ada di Klinik Pergigian Dr Farhana
Assalamualaikum..selamat pagi
Pagi ni dr nak brief mengenai rawatan/perkhidmatan yg disediakan
Sepertimana klinik gigi lain, klinik ini menyediakan perkhidmatan :-
1. Pemeriksaan dan konsultasi
Keseluruhan mulut anda termasuk gigi, gusi, lidah diperiksa satu persatu utk mengenalpasti masalah yg dihadapi seperti karies / gigi berlubang, gingivitis / inflamasi gusi, kalkulus / karang, inflamasi pada tisu sokongan gigi/periodontal dan sebagainya. Pemeriksaan sngt penting kerana doktor akan mengenalpasti tahap kesihatan gigi. Kemudian konsultasi akan diberikan bg mengatasi masalah gigi dan gusi anda. Disaranklan utk mendapatkan pemeriksaan gigi secara rutin setiap 6 bulan sekali.
2. Penskaleran/ cuci gigi dan polishing
Penskaleran adalah proses membuang karang gigi/kalkulus. Kalkulus adalah lapisan keras terbentuk kesan dari pengumpulan plak yg terlalu lama. Kalkulus / karang gigi tak boleh dibersihkan dgn berus gigi ok. Jadi, penskaleran atau cuci gigi perlu dibuat. Lepas cuci gigi kebiasannya dr akan polish gigi anda utk menanggalkan tahi gigi atau sisa makanan. Lepas cuci gigi barulah anda akan berasa fresh, hilang bau mulut, dan orang lain pun tak paling muka nak bercakap dgn anda :)
3. Tampalan / filling
Gigi berlubang perlulah ditampal segera utk mengelakkan gigi anda dicabut. Kenapa ? Proses gigi berlubang / karies sentiasa berlaku. Jgn dibiarkan kerana lama-kelamaan kaviti/lubang tersebut jadi semakin besar dan dalam. Akhirnya, dr mintak maap bnyk2 ya..gigi anda perlu dicabut..kalau tak nak cabut kena buat rawatan salur akar yg lebih mahal dan perlu beberapa kali temujanji.
4. Cabutan
Prosedur yg paling digeruni oleh semua org..kalau dr sendiri pun takut jugak..hahaha..tapi jgn takut ok, dr & staf dr akan cuba menghilangkan segala ketakutan anda. Persepsi sakit cabut gigi harus diubah. Kenapa?? Sebab..memang tak sakit cabut gigi..tak percaya?? jom cuba..
5. Rawatan salur akar / root canal treatment / rct
Rawatan ni pulak adalah pilihan untuk tak nak cabut gigi..maksudnya, gigi sakit, dh bengkak gusi..tapi sayang gigi tak nak cabut..inilah pilihannya..rawatan salur akar..selepas rawatan gigi dah tak rasa sakit, jadi gigi dpt menjalankan fungsinya seperti biasa.
6. Crown and bridge
Salah satu alternatif menggantikan gigi yg hilang @ gigi yg tak cantik spt discoloured selepas rawatan akar.
7. Gigi palsu / denture
Gigi yg dicabut perlu digantikan utk mengelakkan gigi bergerak/drift. Gigi palsu pilihan yg paling budget dan simple utk ganti gigi yg hilang/missing.
8. Orthodontic
Rawatan orthodontic pula utk membetulkan gigi samaada gigi terlalu ke hadapan, berlapis, senget & sbgnya.
9. Whitening / bleaching
Rawatan pemutihan gigi ini berkesan utk mengembalikan senyuman anda yg menawan.
10. Rawatan ortodontic / braces
Tujuan rawatan ini adalah utk membetulkan gigi ke tempat yg sepatutnya.
Sekian, tq.
Hubungi 09-2962451 utk pertanyaan dan temujanji.
Saturday, 6 September 2014
Klinik Pergigian Dr Farhana
Jom baca salasilah Klinik Pergigian Dr Farhana...
Klinik ini mula ditubuhkan pada Mei, 2012 selepas menjalani fasa renovation lebih kurang 3 bulan.
Premis klinik ini terletak di alamat No. 25, Tingkat 1, Jalan Pak Sako 2, 28000 Temerloh.
Haa...inilah gambar hadapan klinik..konsep purple pink pada signboard memberikan gambaran layanan lemah lembut yang akan diberikan kepada pelanggan oleh doktor dan staf yang lembut dan budiman :)
Jom tengok kat dalam pulak...
Ini pulak bahagian interior klinik...sambil tunggu bolehlah tengok tv dan baca majalah..bilik yg ada curtain purple kat tepi tu surau.. sengaja sy jadikan waiting luas supaya pelanggan dapat bersantai, hilangkan nervous dulu sebelum masuk bilik rawatan..
Gambar kat atas adalah bilik rawatan..di sinilah segala jenis rawatan akan dilakukan. Warna biru saujana mata memandang..tampak luas dan tenang..harap2 tak takutlah pelanggan nak cabut gigi dan sebagainya.
Last skali..tara..gambar doktor dan staf yg baik hati..yg tengah tu pencabut gigi, yg dua org kat sebelah tu penolong doktor merangkap staf yang sangat dedikasi...
Sekian, terima kasih
Hubungi klinik : 09 2962451 untuk temujanji dan pertanyaan :)

Friday, 5 September 2014
intro dulu..testing 1 , 2 , 3....
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Idea menulis blog dh lama terngiang-ngiang dlm fikiran..tapi risau jugak takut tak pandai..he he..tapi buat je lah..
Alhamdulillah, at last tercipta juga blog..nak bg info dlm facebook page terlalu limited, jadi sy ambil inisiatif menulis dlm blog.
Ok, straight to the points..tujuan utama sy menulis blog ni utk berkongsi secebis ilmu tentang gigi yg saya ada dgn saudara saudari..dan perkara2 lain yg bermanfaat insyaallah..
Sekian, utk intro...rehat dulu..bye :)

Subscribe to:
Posts (Atom)