No. 25, Tingkat 1, Jalan Pak Sako 2, 28000 Temerloh, Pahang. Tel/fax : 092962451 email:farhanadental@gmail.com
Thursday, 25 September 2014
Rawatan / perkhidmatan yg ada di Klinik Pergigian Dr Farhana
Assalamualaikum..selamat pagi
Pagi ni dr nak brief mengenai rawatan/perkhidmatan yg disediakan
Sepertimana klinik gigi lain, klinik ini menyediakan perkhidmatan :-
1. Pemeriksaan dan konsultasi
Keseluruhan mulut anda termasuk gigi, gusi, lidah diperiksa satu persatu utk mengenalpasti masalah yg dihadapi seperti karies / gigi berlubang, gingivitis / inflamasi gusi, kalkulus / karang, inflamasi pada tisu sokongan gigi/periodontal dan sebagainya. Pemeriksaan sngt penting kerana doktor akan mengenalpasti tahap kesihatan gigi. Kemudian konsultasi akan diberikan bg mengatasi masalah gigi dan gusi anda. Disaranklan utk mendapatkan pemeriksaan gigi secara rutin setiap 6 bulan sekali.
2. Penskaleran/ cuci gigi dan polishing
Penskaleran adalah proses membuang karang gigi/kalkulus. Kalkulus adalah lapisan keras terbentuk kesan dari pengumpulan plak yg terlalu lama. Kalkulus / karang gigi tak boleh dibersihkan dgn berus gigi ok. Jadi, penskaleran atau cuci gigi perlu dibuat. Lepas cuci gigi kebiasannya dr akan polish gigi anda utk menanggalkan tahi gigi atau sisa makanan. Lepas cuci gigi barulah anda akan berasa fresh, hilang bau mulut, dan orang lain pun tak paling muka nak bercakap dgn anda :)
3. Tampalan / filling
Gigi berlubang perlulah ditampal segera utk mengelakkan gigi anda dicabut. Kenapa ? Proses gigi berlubang / karies sentiasa berlaku. Jgn dibiarkan kerana lama-kelamaan kaviti/lubang tersebut jadi semakin besar dan dalam. Akhirnya, dr mintak maap bnyk2 ya..gigi anda perlu dicabut..kalau tak nak cabut kena buat rawatan salur akar yg lebih mahal dan perlu beberapa kali temujanji.
4. Cabutan
Prosedur yg paling digeruni oleh semua org..kalau dr sendiri pun takut jugak..hahaha..tapi jgn takut ok, dr & staf dr akan cuba menghilangkan segala ketakutan anda. Persepsi sakit cabut gigi harus diubah. Kenapa?? Sebab..memang tak sakit cabut gigi..tak percaya?? jom cuba..
5. Rawatan salur akar / root canal treatment / rct
Rawatan ni pulak adalah pilihan untuk tak nak cabut gigi..maksudnya, gigi sakit, dh bengkak gusi..tapi sayang gigi tak nak cabut..inilah pilihannya..rawatan salur akar..selepas rawatan gigi dah tak rasa sakit, jadi gigi dpt menjalankan fungsinya seperti biasa.
6. Crown and bridge
Salah satu alternatif menggantikan gigi yg hilang @ gigi yg tak cantik spt discoloured selepas rawatan akar.
7. Gigi palsu / denture
Gigi yg dicabut perlu digantikan utk mengelakkan gigi bergerak/drift. Gigi palsu pilihan yg paling budget dan simple utk ganti gigi yg hilang/missing.
8. Orthodontic
Rawatan orthodontic pula utk membetulkan gigi samaada gigi terlalu ke hadapan, berlapis, senget & sbgnya.
9. Whitening / bleaching
Rawatan pemutihan gigi ini berkesan utk mengembalikan senyuman anda yg menawan.
10. Rawatan ortodontic / braces
Tujuan rawatan ini adalah utk membetulkan gigi ke tempat yg sepatutnya.
Sekian, tq.
Hubungi 09-2962451 utk pertanyaan dan temujanji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dr..boleh sy tahu total harga utk metal dan damon braces, harga rawatan salur akar, dan harga tampalan sewarna?
ReplyDeleteassalamualaikum dr
ReplyDeletesya nk tanya kos cabut gigi garham dan gigi depan
&
kos utk gigi palsu
salam dr..kenapa saya call ta dapat ye? saya nak buat tanam gigi la
ReplyDeletehari nie bkk tak
ReplyDeleteBoleh tahu kos gigi palsu depan sebatang berapa
ReplyDeletedr..public holiday klinik bkk x?means isnin depan..1/9/19
ReplyDelete