Tuesday, 11 November 2014

Berapa kerap anda perlu lakukan pemeriksaan gigi

Assalamualaikum & selamat petang...

Soalan yg sering ditanya oleh pelanggan sy :

Dr, berapa kerap saya perlu buat pemeriksaan gigi??? 6 bulan sekali ke?



Kita sering terdengar @ terbaca mengenai pemeriksaan gigi secara berkala. Tetapi, kebanyakan daripada kita tidak pasti berapa kerap kita perlu melakukan pemeriksaan gigi.

Sebenarnya pemeriksaan gigi secara berkala bergantung kepada tahap kesihatan pergigian masing-masing. Ini bermakna, setiap individu berbeza jarak masa utk pemeriksaan gigi.

Pertama sekali, anda harus faham tujuan pemeriksaan berkala gigi. Antaranya :-

- mengenalpasti masalh gigi seperti karies/kaviti/lubang, masalah gusi, dan masalah lain di dalam mulut supaya rawatan yg sesuai dapat dilakukan

- memastikan anda mengaplikasikan teknik penjagaan mulut yg betul seperti teknik berus gigi, penggunaan floss, dan ubat kumur

- mencegah berlakunya masalah gigi . Contohnya, karies gigi dapat dicegah di peringkat awal utk mengelakkan gigi dicabut

- dr akan bertanyakan mengenai masalah perubatan yg mempunyai kaitan dengan kesihatan mulut anda  dan mengambil langkah pencegahan utk memastikan gigi anda dalam keadaan sihat.

Jangkamasa pemeriksaan berkala bergantung kepada individu:-

-sekiranya keadaan mulut anda bersih dan tiada masalh gigi pemeriksaan untuk setiap 2 tahun atau setahun sekali sudah mencukupi

- namun begitu, ada juga perlu melakukan pemeriksaan berkala 3 bulan sekali, atau 6 bulan sekali bergantung pada keadaan kesihatan mulut masing-masing

Oleh itu, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan dr gigi untuk berbincang mengenai masalah gigi seterusnya menetapkan berapa kerap anda perlu melakukan pemeriksaan berkala.

Sekian, terima kasih. Semoga bermanfaat :)




No comments:

Post a Comment