Assalamualaikum...ramai pelanggan bertanya berkenaan whitening @ bleaching,,jadi, dr nak kongsikan sedikit berkenaan rawatan whitening
Whitening merupakan salah satu cabang kosmetik dentistry..rata2 semua org ingin miliki gg yg cantik..namun, banyak faktor menyebabkan gigi kelihatan kuning..antaranya :-
- genetik
- habit pemakanan suka makanan yg mempunyai bnyk colouring
- tabiat menghisap rokok
- pengumpulan tahi gigi / plak pd permukaan gigi
- dll
Terdapat beberapa cara whitening :-
In ofice whitening
Rawatan dilakukan di klinik oleh dentist. Prosedur mengambil masa lebih kurang sejam hingga sejam setengah bergantung pada produk whitening yang digunakan.Lampu khusus kadangkala digunakan bergantung pada jenis bahan whitening. Cara whitening ini paling sesuai bg mereka yg ingin memiliki gigi putih serta merta.
Take home whitening
Whitening dilakukan sendiri di rumah, Kebiasaannya pesakit dibekalkan dengan bahan whitening dan tray ( acuan utk diletakkan bahan whitening ). Konsentrasi bahan whitening lebih rendah dan selamat dilakukan sendiri. Whitening harus dilakukan sendiri secara konsisten untuk mendapat outcome yang terbaik
Ubat gigi whitening
Ubat gigi whitening selalunya lebih bersifat abrasive. Kaedah menggunakan ubat gigi whitening sangat sesuai bg mereka yg mempunyai stain pada gigi. Dapatkan nasihat dr terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat gigi whitening kerana ia kurang sesuai utk gigi yang tedapat hakisan / abrasion
Gambar di bawah menunjukkan gigi sebelum dan selepas whitening dilakukan.
Keberkesanan rawatan whitening ini berbeza mengikut individu. Terdapat kes di mana pelanggan begitu berpuas hati dengan perubahan gigi utk pertama kali rawatan whitening dilakukan. Namun, terdapat juga pelangganyg perlu dilakukan beberapa kali untuk mendapat keputusan yg memuaskan hati.
# p/s : terdapat banyak produk whitening dijual secara talian atau terus. Anda dinasihatkan untuk meneliti kandungan produk whitening terlebih dahulu. Pastikan produk tersebut mendapat pengiktirafan dan cara terbaik adalah dapatkan nasihat dentist di sekitar kawasan anda.
No comments:
Post a Comment