Tuesday, 12 May 2015

Clear Path Aligner ~ wireless braces ~

 Assalamualaikum!

Saya percaya, kebanyakan drpd kita pernah mendengar @ terbaca mengenai rawatan orthodontik / braces,  pendakap gigi & sebagainya... Tahukah anda apakah Clear Path Aligner?

Clear Path aligner adalah salah satu drpd rawatan orthodontik. Bezanya dgn braces / pendakap gigi yg biasa ialah clear path aligner boleh ditanggal dan warnanya yg jernih membuatkan ramai yg tak tahu anda sedang memakai braces. Braces jenis ini tidak menggunakan wire. Selain Clear Path aligner ada juga clear braces yg lain seperti Invasalign.

Gambar menunjukkan perbezaan braces biasa ( kiri ), dan clear path aligner ( kanan )




 Tidak dinafikan, harga braces jenis ini lebih mahal berbanding braces biasa. Namun, kelebihannya yang tersendiri membuatkan setengah orang memilih utk memakai braces jenis ini.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh datang ke klinik,

Klinik Pergigian Dr Farhana
No. 25, Tingkat 1, Jalan Pak Sako 2,
28000 Temerloh,
Pahang.
Tel : 092962451




Monday, 23 March 2015

Diastema & penyelesaiannya...

Apa itu diastema?

Diastema adalah ruang / gap antara gigi. Terdapat banyak faktor penyebab diastema. Antaranya :-

- Rahang yg besar berbanding saiz gigi
- Habit seperti menghisap jari di kalangan kanak-kanak
- Periodontal disease ( penyakit melibatkan tisu sokongan gigi) yg menyebabkan pergerakan gigi

Gambar menunjukkan midline diastema ( gap antara gigi kacip atas )

Antara rawatan yang boleh dilakukan :-

- braces / aligner
- veneer ( composite / prefabricated/ lab )
- crown ( sarung gigi )
- tampalan sewarna gigi

Hubungi 092962451 utk sebarang pertanyaan

Friday, 14 November 2014

ordinary or powered tooth brush ???

Assalamualaikum & selamat pagi

Nak guna berus gigi biasa/ ordinary atau berus gigi elektronik/powered ??


Apa beza ordinary & powered tooth brush??


                                    Cth powered tooth brush     Cth manual tooth brush


Berus gigi biasa / manual perlu gunakan kudrat sendiri utk menggerakkan berus gigi, manakala berus gigi elektronic/ powered tooth brush pula anda hanya perlu meletakkannya di atas permukaan gigi dan gerakan dilakukan dgn automatik.

So, nak guna yg mana ye??

Kalau anda dah expert memberus gigi dengan teknik yang betul berus gigi biasa adalah mencukupi. Lagipun berus gigi biasa lebih murah.

Sebaliknya, sekiranya anda mempunyai budget yg lebih apa salahnya menggunakan powered tooth brush. Pergerakan utk berus gigi jenis ini biasanya telah disettingkan. Jadi, anda hanya perlu meletakkan pd permukaan gigi anda sahaja.

# setiap individu perlu tahu teknik berus gigi yang betul
# amalkan penggunaan benang floss dan mouthrinse utk memastikan gigi anda betul2 bersih

Sekian, terima kasih. Semoga bermanfaat :)

Tuesday, 11 November 2014

Berapa kerap anda perlu lakukan pemeriksaan gigi

Assalamualaikum & selamat petang...

Soalan yg sering ditanya oleh pelanggan sy :

Dr, berapa kerap saya perlu buat pemeriksaan gigi??? 6 bulan sekali ke?



Kita sering terdengar @ terbaca mengenai pemeriksaan gigi secara berkala. Tetapi, kebanyakan daripada kita tidak pasti berapa kerap kita perlu melakukan pemeriksaan gigi.

Sebenarnya pemeriksaan gigi secara berkala bergantung kepada tahap kesihatan pergigian masing-masing. Ini bermakna, setiap individu berbeza jarak masa utk pemeriksaan gigi.

Pertama sekali, anda harus faham tujuan pemeriksaan berkala gigi. Antaranya :-

- mengenalpasti masalh gigi seperti karies/kaviti/lubang, masalah gusi, dan masalah lain di dalam mulut supaya rawatan yg sesuai dapat dilakukan

- memastikan anda mengaplikasikan teknik penjagaan mulut yg betul seperti teknik berus gigi, penggunaan floss, dan ubat kumur

- mencegah berlakunya masalah gigi . Contohnya, karies gigi dapat dicegah di peringkat awal utk mengelakkan gigi dicabut

- dr akan bertanyakan mengenai masalah perubatan yg mempunyai kaitan dengan kesihatan mulut anda  dan mengambil langkah pencegahan utk memastikan gigi anda dalam keadaan sihat.

Jangkamasa pemeriksaan berkala bergantung kepada individu:-

-sekiranya keadaan mulut anda bersih dan tiada masalh gigi pemeriksaan untuk setiap 2 tahun atau setahun sekali sudah mencukupi

- namun begitu, ada juga perlu melakukan pemeriksaan berkala 3 bulan sekali, atau 6 bulan sekali bergantung pada keadaan kesihatan mulut masing-masing

Oleh itu, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan dr gigi untuk berbincang mengenai masalah gigi seterusnya menetapkan berapa kerap anda perlu melakukan pemeriksaan berkala.

Sekian, terima kasih. Semoga bermanfaat :)




Monday, 10 November 2014

Whitening utk gigi lebih putih

Assalamualaikum...ramai pelanggan bertanya berkenaan whitening @ bleaching,,jadi, dr nak kongsikan sedikit berkenaan rawatan whitening

Whitening merupakan salah satu cabang kosmetik dentistry..rata2 semua org ingin miliki gg yg cantik..namun, banyak faktor menyebabkan gigi kelihatan kuning..antaranya :-
 - genetik
 - habit pemakanan suka makanan yg mempunyai bnyk colouring
 - tabiat  menghisap rokok
 - pengumpulan tahi gigi / plak pd permukaan gigi
 - dll

Terdapat beberapa cara whitening :-

In ofice whitening
Rawatan dilakukan di klinik oleh dentist. Prosedur mengambil masa lebih kurang sejam hingga sejam setengah bergantung pada produk whitening yang digunakan.Lampu khusus kadangkala digunakan bergantung pada jenis bahan whitening. Cara whitening ini paling  sesuai bg mereka yg ingin memiliki gigi putih serta merta.

Take home whitening
Whitening dilakukan sendiri di rumah, Kebiasaannya pesakit dibekalkan dengan bahan whitening dan tray ( acuan utk diletakkan bahan whitening ). Konsentrasi bahan whitening lebih rendah dan selamat   dilakukan sendiri. Whitening harus dilakukan sendiri secara konsisten untuk mendapat outcome yang terbaik

Ubat gigi whitening
Ubat gigi whitening selalunya lebih bersifat abrasive. Kaedah menggunakan  ubat gigi whitening sangat sesuai bg mereka yg mempunyai stain pada gigi. Dapatkan nasihat dr  terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat gigi whitening kerana ia kurang sesuai utk gigi yang tedapat hakisan / abrasion

Gambar di bawah menunjukkan gigi sebelum dan selepas whitening dilakukan.





Keberkesanan rawatan whitening ini berbeza mengikut individu. Terdapat kes di mana pelanggan begitu berpuas hati dengan perubahan gigi  utk pertama kali rawatan whitening dilakukan. Namun, terdapat juga pelangganyg perlu dilakukan beberapa kali untuk mendapat keputusan yg memuaskan hati.

# p/s : terdapat banyak produk whitening dijual secara talian atau terus. Anda dinasihatkan untuk meneliti kandungan produk whitening terlebih dahulu. Pastikan produk tersebut mendapat pengiktirafan dan cara terbaik adalah dapatkan nasihat dentist di sekitar kawasan anda.



Tuesday, 14 October 2014

Kenali gigi anugerah berharga

 Selamat petang..assalamualaikum!!!

Petang ni dr nak bercerita perihal gigi...kalau tk kenal maka tak cinta..

Start dengan gigi kanak-kanak ok..


Gambar di atas jelas menunjukkan gigi mana yg akan tumbuh mengikut turutan dan umur dlm bulan.
Kesimpulannya seawal 6 bulan gigi susu akan tumbuh sehinggalah gigi terakhir sehingga kanak-kanak berumur lebih kurang 3 tahun..kesemua jumlah gigi susu adalah 20 batang ; sepuluh di rahang atas dan sepuluh di rahang bawah. ( angka menunjukkan umur gigi tumbuh dalam bulan )


Kemudian jom kita study psl gigi dewasa pulak...
Gigi dewasa pertama akan mula tumbuh semasa umur kanak-kanak 6 tahun dan gigi geraham bongsu adalah gigi terakhir yg akan tumbuh..kebiasaannya pada umur 17 tahun ke atas. Jumlah gigi dewasa adalh 32 batang ; 16 utk rahang atas, dan 16 utk rahang bawah. (angka menunjukkan umur gigi tumbuh dalam tahun)

Harap dpt follow ye...



Seterusnya gmbr di atas adalah gmbr keratan rentas gigi geraham besar. Gigi terbahagi kepada dua iaitu crown/korona dan root/akar gigi...terdapat 3 lapisan gigi iaitu enamel, dentin, dan pulpa..
Gigi kita mendapat nutrient daripada salur darah yg melalui lubang/foramen pada bahagian hujung akar gigi.

Ciri gigi yg sihat adalah gigi bebas dari karies/lubang..dan bersih daripada plak/tahi gigi dan kalkulus/karang gigi. Gusi yg mengelilingi gigi mestilah berwarna pink dan tidak mudah berdarah, Tanda2 gigi dan gusi yg tidak sihat adalah mudah berdarah setiap kali anda menggosok gigi. Kunci kepada gigi dan gusi yg sihat adalah teknik gosok gigi yg betul..

Sekian..diharap kita dh tau sedikit sebanyak perihal gigi..semoga bermanfaat :)







Thursday, 25 September 2014

Rawatan / perkhidmatan yg ada di Klinik Pergigian Dr Farhana


Assalamualaikum..selamat pagi

Pagi ni dr nak brief mengenai rawatan/perkhidmatan yg disediakan

Sepertimana klinik gigi lain, klinik ini menyediakan perkhidmatan :-

1. Pemeriksaan dan konsultasi

Keseluruhan mulut anda termasuk gigi, gusi, lidah diperiksa satu persatu utk mengenalpasti masalah yg dihadapi seperti karies / gigi berlubang, gingivitis / inflamasi gusi, kalkulus / karang, inflamasi pada tisu sokongan gigi/periodontal dan sebagainya. Pemeriksaan sngt penting kerana doktor akan mengenalpasti tahap kesihatan gigi. Kemudian konsultasi akan diberikan bg mengatasi masalah gigi dan gusi anda. Disaranklan utk mendapatkan pemeriksaan gigi secara rutin setiap 6 bulan sekali.

2. Penskaleran/ cuci gigi dan polishing

Penskaleran adalah proses membuang karang gigi/kalkulus. Kalkulus adalah lapisan keras terbentuk kesan dari pengumpulan plak yg terlalu lama. Kalkulus / karang gigi tak boleh dibersihkan dgn berus gigi ok. Jadi, penskaleran atau cuci gigi perlu dibuat. Lepas cuci gigi kebiasannya dr akan polish gigi anda utk menanggalkan tahi gigi atau sisa makanan. Lepas cuci gigi barulah anda akan berasa fresh, hilang bau mulut, dan orang lain pun tak paling muka nak bercakap dgn anda :)

3. Tampalan / filling

Gigi berlubang perlulah ditampal segera utk mengelakkan gigi anda dicabut. Kenapa ? Proses gigi berlubang / karies sentiasa berlaku. Jgn dibiarkan kerana lama-kelamaan kaviti/lubang tersebut jadi semakin besar dan dalam. Akhirnya, dr mintak maap bnyk2 ya..gigi anda perlu dicabut..kalau tak nak cabut kena buat rawatan salur akar yg lebih mahal dan perlu beberapa kali temujanji.

4. Cabutan

Prosedur yg paling digeruni oleh semua org..kalau dr sendiri pun takut jugak..hahaha..tapi jgn takut ok, dr & staf dr akan cuba menghilangkan segala ketakutan anda. Persepsi sakit cabut gigi harus diubah. Kenapa?? Sebab..memang tak sakit cabut gigi..tak percaya?? jom cuba..

5. Rawatan salur akar / root canal treatment / rct

Rawatan ni pulak adalah pilihan untuk tak nak cabut gigi..maksudnya, gigi sakit, dh bengkak gusi..tapi sayang gigi tak nak cabut..inilah pilihannya..rawatan salur akar..selepas rawatan gigi dah tak rasa sakit, jadi gigi dpt menjalankan fungsinya seperti biasa.

6. Crown and bridge

Salah satu alternatif menggantikan gigi yg hilang @ gigi yg tak cantik spt discoloured selepas rawatan akar.

7. Gigi palsu / denture

Gigi yg dicabut perlu digantikan utk mengelakkan gigi bergerak/drift. Gigi palsu pilihan yg paling budget dan simple utk ganti gigi yg hilang/missing.

8. Orthodontic

Rawatan orthodontic pula utk membetulkan gigi samaada gigi terlalu ke hadapan, berlapis, senget & sbgnya.

9. Whitening / bleaching

Rawatan pemutihan gigi ini berkesan utk mengembalikan senyuman anda yg menawan.

10. Rawatan ortodontic / braces

Tujuan rawatan ini adalah utk membetulkan gigi ke tempat yg sepatutnya.

Sekian, tq.



Hubungi 09-2962451 utk pertanyaan dan temujanji.